Make your own free website on Tripod.com

Artikel 1

 Penulis : ex editor in chief of R.O.T.T.W

vminds@yahoo.com

 
Ringkasan bagaimana lahirnya pemuzik Malaysia .

kita dengar muzik untuk apa?
1. menghibur diri ( kala bosan )
2. hilangkan boring ( kala tension )
3. belajar ( kalau ingin mendalami satu-satu instrument muzik )

kita main muzik kerana apa?
1. pengaruh ( minat kerana kawan /keluarga beri peransang)
2. cuba hobi baru ( kalau ini jawapan anda biasanya pasti sekerat jalan)
3. cari makan (mereka yang ada bakat ( sebanyak mana bakat yang dimiliki itu bergantung kepada kesungguhan seseorang individu , pendedahan muzik yang dilimpahkan kepadanya serta peluang yang ditawarkan untuk menonjolkan diri).

mengapa kita cipta muzik @ lagu @ lirik?
saja mencuba ( sebab sudah boleh bermain alat muzik sambil bermain satu-satu instrument).Boleh dikatakan 95% pemuzik lahir kerana fakta di atas. tak payah serabutkan otak cuba mengkaji teori lain semata-mata untuk kedengaran intelek.

berbalik kepada isu underground.

Pengerakan kelompok underground bermula kerana mereka kurang kemampuan.
Biasanya band yang tidak terlalu hebat bakatnya tetapi sangat bercita-cita untuk menjadi artis , rockstar @ sebagainya. Mereka sanggup bermain muzik secara percuma / peralatan muzik yang teruk janji dapat peluang bermain peralatan muzik secara percuma juga. Jika ada diantara ahli kumpulan ini benar-benar berbakat, beliau pasti tidak akan kekal kerana band underground yang dianggotainya tidak begitu inovatif dalam mempertingkatkan skill, mutu sound dan pengurusan. Awal-awal dulu kebanyakkan undergrounders perasan hebat kerana mereka menyanyikan lagu mereka dalam bahasa inggeris sedangkan english yang diguna pakai level form 3 aje.

Industri muzik membawa pulangan keuntungan besar jika kita bijak manupulasikan peluang. Sebab itu banyak band underground kini mendapat tajaan sebab bayaran mereka rendah sejajar dengan bakat dan jualan album mereka. mereka digunakan kerana hype semata-mata. Ada tak pemuzik terutamanya pemain gitar yang berlatar belakangkan pendidikan jazz/klasikal bermain dengan band underground? Tidak ada. sebab, muzik underground terdiri dari kelas muzik yang mudah dimainkan.dalam erti kata lain, belajar sikit dah boleh main gig.

Orang yang boleh masak tomyam sudah pasti boleh bukak stall burger. Tetapi yang boleh buka stall burger belum tentu boleh masak tomyam seterusnya jadi tukang masak.Saya bukan mengutuk mahupun menghina muzik underground. cuma ingin meransang pemuzik underground hari ini untuk berpandangan jauh jika ingin menjadikan muzik sebagai punca pendapatan.

jika anda tidak mampu mempertingkatkan skill permainan , pastikan skill penciptaan lagu anda semakin hari semakin mantap dan dapat diterima oleh masyarakat ramai.Underground atau tidak yang pasti kita nak dengar lagu sedap. Ada beberapa band underground hari ini mula mengeluarkan lagu yang radio friendly ..permulaan yang bagus. Royalti penting ...merupakan bekalan hari tua. Hidup biarlah realistik. Berjuanglah kearah yang bermafaat.Jika anda berduit nanti, banyak benda yang anda boleh buat untuk meningkatkan lagi industri muzik .Underground scene akan berterusan sampai bila-bila selagi seni muzik boleh didengari secara percuma ditempat awam.setiap hari, pasti ada band yang wujud . Sejauh mana kebijaksanaan mereka merancang masa depan dan mengumpul harta hasil bakat mereka yang tak seberapa itu terletak ditangan mereka sendiri. wa
llahuallam.
 

Artikel 2

 Penulis : Udin

   http://www.myspace.com/ababil

 

Atas permintaan sesetengah pihak di DBT agar aku mengeluarkan artikel pertama ku ini mengenai irama muzik underground metal yang jarang dikenali oleh masyarakat biarpun di barat ataupun di asia ... Underground adalah sebuah scene (pergerakkan) yg memperjuangkan irama muzik keras seperti PUNK,OI!,Metal (Black,death,thrash dll), grunge dan macam2 lagi ... mereka amat dikenali di kalangan peminat-peminat muzik berirama keras perjuangan mereka adalah dengan mencipta muzik/lirik sendiri dan mengeluarkan demo dengan titik peluh dan usaha sendiri ... itu dinamakan D.I.Y (DO IT YOURSELF) di dalam dunia underground mereka begitu mementingkan muzik ciptaan sendiri biarpun muzik itu tidak dapat didengari dengan jelas seperti contoh muzik HARDCORE PUNK ..... jika kita dengar dengan teliti amat sukar memahami apa yang cuba dikatakan nya namun jika kita hayati lirik mereka terkandung beribu maksud seperti protest anti kekejaman dan lain-lain lagi ... di sini aku ingin ceritakan mengenai salah satu irama muzik yang memang hebat iaitu METAL ... terdapat banyak cabang dalam irama metal seperti black,death,thras,heavy,speed dan macam2 lagi muzik yang di bawah cabang muzik metal...
.
Muzik metal telah lama wujud iaitu awal kemunculan nya adalah di era 60 an di negara barat ... pada masa idustri muzik di barat dijajah oleh irama muzik pop dan muzik rock separa keras seperti dari band Led Zeppelin, Deep Purple dan lain2 lagi ... muzik metal diperkenalkan oleh Papa Metal iaitu Ozzy Osbourne bersama bandnya BLACK SABBATH ... pada mulanya muzik sebegini tidak boleh diterima oleh masyarakat-masyarakat di barat kerana muzik metal bagi pendapat mereka bercanggah dengan adat dan tatasusila muzik yang bagi mereka muzik adalah sebuah ekspresi meluahkan perasaan dan enjoy ... di mana bagi mereka muzik metal tiada unsur-unsur sebegini ... muzik metal terus digilai oleh anak-anak muda di barat pada era 80 an di mana hampir semua negara di barat punyai band metal dan muzik metal sudah mula bertakhta di industri muzik di negara barat .. beribu2 band yang menggelarkan diri mereka sebagai band metal muncul ..

Di Malaysia pula industri muzik tanahair mendung seketika sebelum kedatangan kepulan-kepulan awan menbawakan 'demam' muzik Rock/Heavy Metal! Apabila muzik tempatan dipeteri deman Rock/Heavy metal, negara kita dihujani dengan kumpulan yang bermain muzik jenis itu. Mereka mula membanjiri medan muzik tanahair, maka bermulalah industri muzik tempatan tertumpu kepada perkembangan muzik Rock seterusnya perhatian yang lebih telah diberikan. Di atas permukaan kumpulan kumpulan Rock/Heavy Metal yang sedang membanjiri dan ditenggelami dengan populariti yang memabukkan, suhu muzik tanahair kita dilanda 'ribut' yang lebih dahsyat dari Rock/Heavy Metal. 'Ribut' yang dimaksudkan ialah irama Thrash Metal yang sedang menggila dibarat mula mendarat di negara kita. Kumpulan-kumpulan barat seperti Slayer, Venom, Metallica, Megadeth mula dipuja serta gaya mereka ditiru. Selari dengan kumpulan underground tempatan telah mula ditubuhkan dimana-mana boleh dikatakan hampir diseluruh negeri di Malaysia ditakluki muzik Thrash Metal!! Kumpulan-kumpulan tersebut telah wujud di era '80an. Mereka adalah Blackfire(Perlis), Punisher(Kuala Lumpur), Nemesis(Kedah), Vulga(Perak), Colourfull Bullet(Penang), Slapdeath(Kelantan), Waitdeath(Pahang), Dark Power(Sabah), P.R.O.V(Terengganu), Betrayer(Johor), Senseless Death(Sarawak) dan Rator(Selangor).

Band-band yang tersenarai di atas adalah pelopor kepada dunia underground di Malaysia ..... yakni pelopor muzik keras dan pelopor kepada pergerakkan yang tidak diketahui oleh umum ..... jangan anda semua sangka muzik-muzik mereka ini merepek ... TIDAK !! muzik mereka cukup hebat dengan gorengan gitar yang menyengat .... memang tangkap dalam punyeeeeee ... jangan juga anda semua fikir mereka ini langsung tak menguntungkan diri mereka sendiri dan langsung tak mendapat wang hasil dari muzik yang mereka cipta kerena anda semua sudah tentu belum pernah dengar muzik mereka ini ... mereka semua telah berjaya menempah nama di negara barat seperti contoh kumpulan RATOR ... Ulasan , temuramah dan cerita mengenai Rator tersiar dalam majalah-majalah primitif Underground yang terkenal seperti Master Of Brutality (Holland), Morbid (Sweden), Multilation (Jepun), Slimy Scum (Sweden), Multilador (Mexico), Slayer (Norway), Obscure Epitaph (Norway) dan banyak lagi.

Selain itu Rator banyak menyertai album kompilasi kaset seluruh dunia dan bermula dengan gerakkan ini banyak media-media barat membuka kelopak mata mereka terhadap Malaysia. Nampak tak sumbangan mereka terhadap dunia mereka sendiri ?? oleh kerana mereka dunia barat sudah semakin mengenali Malaysia !!!!!! Jangan anda fikir mereka ini semua sampah yang tak mendatangkan kesan !!!!! Sebenarnya mereka lebih dikenali jika dibandingkan dengan kumpulan kumpulan metal/rock mainstream Mlaysia seperti AMUK,XPDC dan lain2 lagi ... mereka semua telah berjaya membuka mata peminat2 muzik irama keras di barat bahawa di Malaysia ini juga ada band yang berpotensi besar dalam irama METAL !!!!!!!!!!

Pada masa ini, golongan peminat yang ada sekarang hanya menyaksikan kumpulan-kumpulan Rock mainstream tempatan yang melayari populariti tanpa asal periksa, apabila anda menyelami ke dasar muzik irama keras, barulah anda akan mengetahui siapakah yang sebenar-benarnya menerokai irama muzik ini. Inilah sedikit sebanyak info yang dapat aku pertontonkan kepada anda semua ... aku siarkan artikel ini adalah sebagai penghormatan kepada band-band veteran yang telah berjaya menaikkan dunia underground yang sudah semakin pesat membangun di Malaysia .......

 

Artikel 3

 Penulis : Udin

   http://www.myspace.com/ababil

 

Ini adalah artikel ke-2 aku ... aku UDINS atau udin akan bentangkan bermulanya pergerakkan bawah tanah yang jarang diketahui umum ... artikel yang sebelumnya lebih membicarakan ke arah underground metal dan aku minta maaf pasal topik nya tersalah tulis .. aku terlupa taip METAL ... topik yang sebelum nya patut ditulis: SEJARAH UNDERGROUND METAL TEMPATAN ... jadi di artikel ini akan aku bentangkan bermulanya pergerakkan muzik underground .... underground tidak wujud tanpa Zine,Band, dan Scene ... oleh itu sejarah kewujudan nya di Malaysia adalah bukan pergerakkan terawal tapi pengenalan dunia underground di Malaysia ...

Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70-an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P. Pinang ( Abazz daripada band punk The Karatz "Band Taiping" ) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara ( album, demo dan majalah ) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan.

 
 
 

Kepada sesiapa yang mempunyai artikel untuk disiarkan, sila e-mailkannya ke nyox_nyet@yahoo.com. Sila pastikan anda sertakan sekali nama dan alamat e-mail / web anda. Gambar yang berkaitan dialu-alukan. Setiap artikel terpilih akan disiarkan dan penulisnya akan mendapat akses secret page percuma selama 3 bulan.