Artikel 1 |
Penulis : ex editor in chief of R.O.T.T.W |
Ringkasan bagaimana lahirnya
pemuzik Malaysia . kita dengar muzik untuk apa? 1. menghibur diri ( kala bosan ) 2. hilangkan boring ( kala tension ) 3. belajar ( kalau ingin mendalami satu-satu instrument muzik ) kita main muzik kerana apa? 1. pengaruh ( minat kerana kawan /keluarga beri peransang) 2. cuba hobi baru ( kalau ini jawapan anda biasanya pasti sekerat jalan) 3. cari makan (mereka yang ada bakat ( sebanyak mana bakat yang dimiliki itu bergantung kepada kesungguhan seseorang individu , pendedahan muzik yang dilimpahkan kepadanya serta peluang yang ditawarkan untuk menonjolkan diri). mengapa kita cipta muzik @ lagu @ lirik? saja mencuba ( sebab sudah boleh bermain alat muzik sambil bermain satu-satu instrument).Boleh dikatakan 95% pemuzik lahir kerana fakta di atas. tak payah serabutkan otak cuba mengkaji teori lain semata-mata untuk kedengaran intelek. berbalik kepada isu underground. Pengerakan kelompok underground bermula kerana mereka kurang kemampuan. Biasanya band yang tidak terlalu hebat bakatnya tetapi sangat bercita-cita untuk menjadi artis , rockstar @ sebagainya. Mereka sanggup bermain muzik secara percuma / peralatan muzik yang teruk janji dapat peluang bermain peralatan muzik secara percuma juga. Jika ada diantara ahli kumpulan ini benar-benar berbakat, beliau pasti tidak akan kekal kerana band underground yang dianggotainya tidak begitu inovatif dalam mempertingkatkan skill, mutu sound dan pengurusan. Awal-awal dulu kebanyakkan undergrounders perasan hebat kerana mereka menyanyikan lagu mereka dalam bahasa inggeris sedangkan english yang diguna pakai level form 3 aje. Industri muzik membawa pulangan keuntungan besar jika kita bijak manupulasikan peluang. Sebab itu banyak band underground kini mendapat tajaan sebab bayaran mereka rendah sejajar dengan bakat dan jualan album mereka. mereka digunakan kerana hype semata-mata. Ada tak pemuzik terutamanya pemain gitar yang berlatar belakangkan pendidikan jazz/klasikal bermain dengan band underground? Tidak ada. sebab, muzik underground terdiri dari kelas muzik yang mudah dimainkan.dalam erti kata lain, belajar sikit dah boleh main gig. Orang yang boleh masak tomyam sudah pasti boleh bukak stall burger. Tetapi yang boleh buka stall burger belum tentu boleh masak tomyam seterusnya jadi tukang masak.Saya bukan mengutuk mahupun menghina muzik underground. cuma ingin meransang pemuzik underground hari ini untuk berpandangan jauh jika ingin menjadikan muzik sebagai punca pendapatan. jika anda tidak mampu mempertingkatkan skill permainan , pastikan skill penciptaan lagu anda semakin hari semakin mantap dan dapat diterima oleh masyarakat ramai.Underground atau tidak yang pasti kita nak dengar lagu sedap. Ada beberapa band underground hari ini mula mengeluarkan lagu yang radio friendly ..permulaan yang bagus. Royalti penting ...merupakan bekalan hari tua. Hidup biarlah realistik. Berjuanglah kearah yang bermafaat.Jika anda berduit nanti, banyak benda yang anda boleh buat untuk meningkatkan lagi industri muzik .Underground scene akan berterusan sampai bila-bila selagi seni muzik boleh didengari secara percuma ditempat awam.setiap hari, pasti ada band yang wujud . Sejauh mana kebijaksanaan mereka merancang masa depan dan mengumpul harta hasil bakat mereka yang tak seberapa itu terletak ditangan mereka sendiri. wallahuallam. |
|
Artikel 2 |
Penulis : Udin |
|
|
![]()
Atas permintaan
sesetengah pihak di DBT agar aku mengeluarkan
artikel pertama ku ini mengenai irama muzik
underground metal yang jarang dikenali oleh
masyarakat biarpun di barat ataupun di asia ...
Underground adalah sebuah scene (pergerakkan)
yg memperjuangkan irama muzik keras seperti
PUNK,OI!,Metal (Black,death,thrash dll), grunge
dan macam2 lagi ... mereka amat dikenali di
kalangan peminat-peminat muzik berirama keras
perjuangan mereka adalah dengan mencipta
muzik/lirik sendiri dan mengeluarkan demo dengan
titik peluh dan usaha sendiri ... itu dinamakan
D.I.Y (DO IT YOURSELF) di dalam dunia
underground mereka begitu mementingkan muzik
ciptaan sendiri biarpun muzik itu tidak dapat
didengari dengan jelas seperti contoh muzik
HARDCORE PUNK ..... jika kita dengar dengan
teliti amat sukar memahami apa yang cuba
dikatakan nya namun jika kita hayati lirik
mereka terkandung beribu maksud seperti protest
anti kekejaman dan lain-lain lagi ... di sini
aku ingin ceritakan mengenai salah satu irama
muzik yang memang hebat iaitu METAL ...
terdapat banyak cabang dalam irama metal seperti
black,death,thras,heavy,speed dan macam2 lagi
muzik yang di bawah cabang muzik
metal... |
|
Artikel 3 |
Penulis : Udin |
![]() Ini adalah
artikel ke-2 aku ... aku UDINS atau udin
akan bentangkan bermulanya pergerakkan bawah
tanah yang jarang diketahui umum ... artikel
yang sebelumnya lebih membicarakan ke arah
underground metal dan aku minta maaf pasal topik
nya tersalah tulis .. aku terlupa taip METAL
... topik yang sebelum nya patut ditulis:
SEJARAH UNDERGROUND METAL TEMPATAN ...
jadi di artikel ini akan aku bentangkan
bermulanya pergerakkan muzik underground ....
underground tidak wujud tanpa Zine,Band, dan
Scene ... oleh itu sejarah kewujudan nya di
Malaysia adalah bukan pergerakkan terawal tapi
pengenalan dunia underground di Malaysia
... |
|
Kepada sesiapa yang mempunyai artikel untuk disiarkan, sila e-mailkannya ke nyox_nyet@yahoo.com. Sila pastikan anda sertakan sekali nama dan alamat e-mail / web anda. Gambar yang berkaitan dialu-alukan. Setiap artikel terpilih akan disiarkan dan penulisnya akan mendapat akses secret page percuma selama 3 bulan. |
|